Language:
Listen radio online



Putra FM


Putra FM
Rating :5.00
 


Last updated:
2012-06-16 20:43:28
Country: MalaysiaListen to radio stations broadcasting from Malaysia
City: Serdang
Address: 43400 UPM Serdang,Selangor.
FM (MHz): 90.7
Genre: Educational
Phone: 03-89468801/8744
Fax: +603-89468806
Language of broadcast: Malay
E-mail: putrafm@fbmk.upm.edu.my
Website:  www.putrafm.upm.edu.my
Description: Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mula menawarkan program Bacelor Komunikasi pada tahun 1998 dengan mempunyai empat pengkhususan iaitu bidang Penyiaran, Kewartawanan, Komunikasi Korporat dan Komunikasi Kemanusiaan. Bagi menyokong program akademik ini, UPM telah membina kemudahan makmal seperti makmal fotografi, makmal pidato dan makmal penyiaran. Makmal penyiaran mempunyai dua unit iaitu unit penerbitan video dan unit penerbitan radio. Unit penerbitan radio kini telah mendapat peruntukan untuk dinaiktaraf menjadi Stesen Radio Kampus.

Stesen Radio Kampus Universiti Putra Malaysia atau dikenali dengan nama Putra FM, merupakan stesen radio kampus digital pertama IPTA di negara ini. Kerja merekabentuk studio dan pemilihan peralatan yang sesuai bagi studio ini adalah dengan bantuan pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pembinaan stesen ini mendapat khidmat nasihat daripada Jabatan Penyiaran Malaysia . Kerjasama ini adalah hasil daripada Perjanjian Persefahaman (MoU) antara UPM dengan RTM yang ditandatangani pada 1 April, 1998. Pihak pengurusan Fakulti telah mengadakan beberapa perbincangan serius dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan RTM bagi mendapatkan lesen penyiaran. Hasil perjumpaan adalah positif dan hasil daripada itu stesen radio kampus UPM telah beroperasi di bawah naungan RTM atau secara khususnya Selangor FM. Kerjasama yang berterusan dengan pihak RTM adalah bertepatan dengan MoU yang telah dimeterai.


Related Stations:


Comment:


Listen online Putra FM

Windows Media Player

Install WMP


Station not playing? Try to open ASX file on your computer - listen.asx

open player in new window

Favorites