Language:
Listen radio online



KL FM


KL FM
Rating :5.00
 


Last updated:
0000-00-00 00:00:00
Country: MalaysiaListen to radio stations broadcasting from Malaysia
City: Kuala Lumpur
Address: PO Box 11272, Angkasapuri Kuala Lumpur Malaysia MY-50740
FM (MHz): 97.2
Genre: Adult Contemporary
Phone: +60 (0)3 2288 7474
Fax: +60 (0)3-2283 5759
E-mail: info@kl.fm
Website:  www.kl.fm
Description: Deejay KLfm akan menentang asrtis untuk perlawanan Futsal selebriti Figos yang akan berlangsung di Sport Planet, Ampang pada 28 Januari ini! Program ini merupakan anjuran bersama Persatuan Karyawan dan Figos, pengeluar barangan sukan yang semakin mendapat tempat di Malaysia manakala KLfm bertindak sebagai radio rasmi serta kerjasama DAPAT Vista dan Milo.

Majlis sidang akhbar berlangsung 16 Januari 2007 di pejabat Persatuian Karyawan, Petaling jaya yang turut dihadiri wakil-wakil penaja, deejay dan artis yang akan menjayakan pertandingan itu nanti. KLfm akan menghantar 2 pasukan ( deejay lelaki dan wanita ).

Hadir pada majlis tersebut, Presiden Karyawan, Freddie Fernandez; Ketua Bahagian Rancangan KLfm, Rida Suzirawati Muda; Timbalan Presiden DAPAT Vista (M) Sdn Bhd, Azli Paat; Pengarah Urusan Figos Sdn Bhd, Tang Kok Wai dan Focus Arena Sports & Events, Nik Muhd Radzi.

Menurut Freddie pertandingan futsal selebriti itu lebih bermakna kerana hasil kutipan pertandingan akan disalurkan khusus kepada mangsa banjir.

“Pada mulanya pertandingan ini dianjurkan bagi menambah dana tabung skim pencen artis veteran Karyawan namun akhirnya kami sebulat suara memutuskan untuk menyalurkan semua kutipan kepada mangsa banjir berkenaan.

“Pihak kami juga menyediakan tabung bantuan banjir Johor pada hari pertandingan ini nanti bagi memberi peluang kepada orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan ikhklas mereka,” katanya.

Pertandingan futsal selebriti ini akan berlangsung pada 28 Januari di Sports Planet, Ampang, Kuala Lumpur dengan kerjasama Sahabat Karyawan dan KLfm.

Barisan artis popular yang akan beraksi sempena pertandingan ini seperti Mawi, Zahid, Haziq, Faizal, Marsha, Farahdiya, Amylea, Hattan, Nash, Yantzen, Felix dan deejay KLfm dan ramai lagi.

Untuk anda yang berminat untuk turut serta, pertandingan ini terbuka kepada orang ramai yang berminat dalam permainan futsal dan terbahagi kepada dua kategori lelaki dan wanita.

Yuran penyertaan sebanyak RM200 (terbuka lelaki) dan RM160 untuk (terbuka wanita).


Related Stations:


Comment:


Listen online KL FM

Windows Media Player

Install WMP


Station not playing? Try to open ASX file on your computer - listen.asx

open player in new window

Favorites