Language:
Listen radio online



Malaysia Selangor


Malaysia Selangor
Rating :5.00
 


Last updated:
2012-06-16 20:43:39
Country: MalaysiaListen to radio stations broadcasting from Malaysia
City: Klang
Address: Jabatan Penyiaran Malaysia,Selangorfm, Tingkat 2, Bangunan IPTAR50614 Angkasapuri, Kuala Lumpur
FM (MHz): 100.9
Genre: Adult Contemporary
Phone: 03-55102202
Fax: 03 – 22875202
Language of broadcast: Malay
E-mail: selangorfm@mmu.edu.my
Website:  selangorfm.mmu.edu.my
Description: Sebagai salah sebuah Stesen Radio Negeri yang berindukkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Angkasapuri, Kuala Lumpur, SELANGORfm sebenarnya lahir pada permulaannya dengan nama Radio Malaysia Kawasan Tengah (RMKT) pada Januari 1982. Peneraju pada peringkat permulaannya ialah Tuan Haji Yusof Hj. Awang dan Allahyarham Wan Ahmad Kamal. Radio Malaysia Kawasan Tengah sebenarnya adalah milik bersama tiga buah negeri berjiran iaitu Negeri Selangor Darul Ehsan, Negeri Sembilan Darul Khusus dan Pahang Darul Makmur.

Studio operasi RMKT terletak di Wisma Radio Angkasapuri Kuala Lumpur dengan Gelombang Siaran 98.3 FM Mono. Perubahan nama dilakukan apabila Negeri Sembilan telah mula mempunyai stesen radio sendiri iaitu Radio 3 Seremban. Sebagai mengambil sempena nama ibu negeri Selangor, stesen radio bagi Negeri Selangor telah diberi nama Radio 3 Shah Alam. Perasmiannya telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Selangor ketika itu iaitu Tan Sri Haji Muhammad bin Haji Mohd Taib pada 16 Ogos 1990. Siaran Radio 3 Shah Alam dipancarkan melalui 100.9 MHz.

Pada 16 Mei 1991, Radio 3 Shah Alam telah berpindah dari pusat operasinya di Wisma Radio, Angkasapuri ke Aras 4 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam Pada 1 Januari 1993. Siaran Radio 3 Shah Alam telah dilanjutkan selama 18 jam bermula jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam melalui gelombang FM Stereo sepenuhnya. Walaupun sasaran utama adalah Negeri Selangor, tetapi siaran ini juga boleh diikuti dengan jelas oleh penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak Selatan, Pahang Barat dan sebahagian Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Sempena menyambut saranan semangat patriotik daripada Kementerian Penerangan Malaysia dan selaras dengan semua stesen-stesen radio negeri seluruh Malaysia, Radio 3 Shah Alam turut diubah namanya menjadi Radio Malaysia Selangor dengan rasminya pada 31 Ogos 1998. Seperti stesen lain, Radio Malaysia Selangor sebagai sebuah media kerajaan yang berfungsi memberi maklumat dan hiburan juga bertindak sebagai jambatan yang mampu merapatkan hubungan pelbagai hala antara agensi kerajaan dan swasta dengan rakyat.

Pada 1 April 2005, dibawah Program Penjenamaan Semula RTM, kesemua 32 stesen radio RTM telah bertukar nama. Bermula saat itu, Radio Malaysia Selangor kini dikenali sebagai SELANGORfm. Detik itu telah menjadi titik tolak bermulanya segala perubahan yang dilakukan terhadap rancangan dan cara penyampaian di SELANGORfm

Majlis Pelancaran Pengenalan Semula SELANGORfm telah diadakan pada 19 Jun 2005, disempurnakan oleh Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamad Khir Bin Toyo.

Namun pada pada 18 April 2008 iaitu hari Jumaat, pejabat Selangorfm telah diarahkan kembali berpindah ke ibu pejabat Angkasapuri kerana perubahan kuasa politik selepas pilihan raya umun ke 12 dimana pada waktu itu negeri Selangor di kuasai oleh parti pembangkang. Kini selangorfm di tempatkan di Bangunan IPTAR, Angkasapuri.

SELANGORfm menjanjikan rancangan yang lebih menarik serta informasi yang padat dan terkini bagi memenuhi citarasa pendengar masa kini. Bagaimanapun, sebagai sebuah stesen radio kerajaan, SELANGORfm tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk mendidik masyarakat dan menyebarkan maklumat kerajaan kepada rakyat.


Related Stations:


Comment:


Listen online Malaysia Selangor

Windows Media Player

Install WMP


Station not playing? Try to open ASX file on your computer - listen.asx

open player in new window

Favorites