Language:
Listen radio online



RTM Muzik FM


RTM Muzik FM
Rating :5.00
 


Last updated:
0000-00-00 00:00:00
Country: MalaysiaListen to radio stations broadcasting from Malaysia
City: Kangar
Address: MUZIKfm, Aras 2 Utara,wisma Radio Angkasapuri,50740 Kuala Lumpur
FM (MHz): 100.5
Genre: Adult Contemporary
Phone: 03-22887561
Website:  www.muzikfm.com.my
Description: Menjadikan MUZIKfm sebagai stesen Radio Kerajaan yang menyiarkan lagu-lagu pilihan golongan remaja di peringkat nasional.
Menarik minat remaja mendengar MUZIKfm dengan memanfaatkan informasi terkini dan merealisasikan matlamat kerajaan bagi membina remaja yang berwawasan.
Membina golongan sasar untuk pengiklanan bagi memasarkan jenama produk di pasaran.
Menjana pemikiran generasi muda terhadap mesej kerajaan menerusi MUZIKfm secara santai.

LATAR BELAKANG

1975
Seawal penubuhannya MUZIKfm dikenali dengan nama FM Stereo. FM Stereo merupakan stesen radio yang pertama di Malaysia yang memberikan perkhidmatan siaran dalam bentuk stereofonik.

1989
Beredar mengikut perkembangan semasa, dari FM Stereo namanya ditukarkan ke Radio 2, dan telah menjadi stesen yang begitu kuat pengaruhnya dengan jumlah pendengar yang ramai, melebihi 3 juta.

1994
Dalam usaha menjadikan Radio 2 stesen yang lebih mantap pada 1 Ogos 1994 sekali lagi stesen ini melakar sejarah dengan pertukaran nama, menjadi Radio Muzik. Beberapa rombakan telah dilakukan dan stesen Radio Muzik bersiaran 24 jam sehari dalam 2 bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

1998
Nama Radio Muzik tidak dapat bertahan lama, pada 1 Ogos 1998 sekali lagi stesen ini mendapat nama baru iaitu Radio Malaysia Saluran Muzik (RMSM). Nama itu kekal hinggalah pada awal tahun 2000.

2000
Atas permintaan ramai dan kesesuainnya dalam meneroka arus penyiaran negara nama Radio Muzik kembali kedengaran melalui ruang udara. 1 Mei 2000 juga melakar sejarah manis kerana Radio Muzik dapat diikuti keseluruh dunia menerusi internet. Projek ini direalisasikan dengan kerjasama Universiti Multimedia.

2001
1 Januari 2001, Radio Muzik bersiaran sepenuhnya selama 24 jam dalam Bahasa Malaysia dan bukan lagi bersiaran dalam dwi bahasa.

2002
Dalam menyeimbangkan penyiaran lagu-lagu di Radio Muzik, mulai 15 Julai 2002 Radio Muzik menyiarkan 50% lagu Melayu dan 50% lagu Inggeris / Antarabangsa.

2005
1 April 2005, sejarah indah terlakar apabila nama Radio Muzik ditukar kepada MUZIKfm sempena penjenamaan semula radio RTM. Pada 30 April – 1 Mei 2005 MUZIKfm telah mencatat sejarah dalam The Malaysia Book Of Records apabila bersiaran selama 25 jam di TH06 Menara Kuala Lumpur, menara tertinggi di Malaysia dan ke empat tertinggi di dunia. Walau apa jua nama yang diberi kami tetap “STESEN MUZIK ANDA”!

2007
Tahun ini, MUZIKfm sekali lagi melakarkan sejarah dalam The Malaysia Book Of Records apabila bersiaran luar 50 jam tanpa henti di penghujung Benua Asia, Tanjung Piai, Johor pada 23 hingga 25 Februari 2007.


Related Stations:


Comment:


Listen online RTM Muzik FM

Windows Media Player

Install WMP


Station not playing? Try to open ASX file on your computer - listen.asx

open player in new window

Favorites