Radio Langkawi FM

[

Listen Live

]

Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Datang ke laman sesawang LANGKAWIfm. Saya amat berbesar hati dan bersukacita mengalu-alukan anda semua ke laman sesawang kami. Laman ini merupakan sebahagian kecil usaha untuk menonjolkan bakat, hiburan dan informasi berkaitan stesen LANGKAWIfm. Saya berharap dengan melayari laman ini anda dapat mengenali wajah penyampai-penyampai kami di samping memperolehi maklumat-maklumat terkini berkenaan dengan LANGKAWIfm. Sejak penubuhan LANGKAWIfm, pada 1 November 1993, pendengar telah dihidangkan dengan pelbagai segm... See more

Kuah FM|104.8
604-9698522
LangkawiFMTingkat 1& 2 Bangunan Tabung HajiKuah, 07000, LangkawiKedah Darul Aman
Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Datang ke laman sesawang LANGKAWIfm.

Saya amat berbesar hati dan bersukacita mengalu-alukan anda semua ke laman sesawang kami. Laman ini merupakan sebahagian kecil usaha untuk menonjolkan bakat, hiburan dan informasi berkaitan stesen LANGKAWIfm. Saya berharap dengan melayari laman ini anda dapat mengenali wajah penyampai-penyampai kami di samping memperolehi maklumat-maklumat terkini berkenaan dengan LANGKAWIfm.

Sejak penubuhan LANGKAWIfm, pada 1 November 1993, pendengar telah dihidangkan dengan pelbagai segmen. Namun begitu, ia tidak bererti usaha kami sebagai badan penyiar terhenti di situ. Dengan adanya laman sesawang ini kami berharap dapat memberikan siaran yang lebih meluas kepada pendengar terutamanya yang berada di luar kawasan, sekaligus mempromosikan Langkawi sebagai sebuah destinasi perlancongan. Menerusi perkhidmatan “audio/video streaming” di laman sesawang ini, pendengar bukan sahaja dapat mendengar bahkan dapat melihat sendiri gelagat-gelagat penyampai LANGKAWIfm ketika bersiaran.

Bagi tahun-tahun akan datang, kami pasti akan berdepan dengan pelbagai cabaran di dalam bidang penyiaran. Justeru, kami sentiasa berusaha untuk bergerak seiring dengan perkembangan teknologi serta berusaha untuk menyajikan rancangan yang bersesuaian dengan kehendak semasa. Pihak kami berharap dengan sokongan padu daripada pendengar umumnya, mampu merealisasikan impian kami untuk menjadi sebuah badan penyiar nombor satu, sejajar dengan visi dan misi Jabatan Penyiaran Malaysia.
© LogFM.com, 2009-2024 (2024-03-26,06:38:11)